1. Kerosakkan
Jika kenderaan yang berdaftar dengan Etiqa Auto Assist (EAA) mengalami kerosakan, ahli layak
mendapat bantuan berikut:
1.a Bantuan Pembaikan Kerosakan Di Sisi Jalan 24 Jam
Juruteknik EAA akan menentukan sama ada kenderaan ahli boleh dibaiki di sisi jalan.
Kerja-kerja membaiki ini disediakan sehingga tempoh maksimum 2 jam. EAA tidak akan
bertanggungjawab terhadap sebarang kos yang ditanggung untuk sebarang alat ganti
yang diperlukan semasa pembaikan. (Perkhimatan ini tertakluk kepada keadaan)
1.b Perkhimatan Tundaan 24 Jam
Jika kenderaan ahli tidak boleh dibaiki di sisi jam, EAA akan menyediakan bantuan
tundaan percuma tanpa had jarak ke bengkel terdekat yang ditentukan oleh EAA.
Jika ahli memilih bengkel lain dan jarak antara lokasi kerosakan dan bengkel pilihan ahli
melebihi 50 km, beliau hendaklah menanggung caj tambahan pada kadar RM 3.00 setiap
kilometer tambahan selepas 50 km pertama.
2. Kemalangan Kereta
Jika kenderaan yang berdaftar dengan EAA mengalami kemalangan, EAA akan
mengaturkan bantuan tundaan untuk kenderaan ahli ke bengkel terdekat yang ditentukan
oleh EAA.
3. Bantuan Perubatan Kecemasan
Jika timbul kecemasan perubatan akibat kerosakan atau kemalangan kenderaan ahli, EAA
akan mengaturkan ambulans atau kaedah pengakutan lain untuk menghantar ahli ke pusat
perubatan atau hospital yang terdekat. EAA tidak akan menanggung sebarang kos
pengangkutan tersebut.
4. Bantuan Singapura and Thailand
Jika kenderaan yang berdaftar dengan EAA mengalami kerosakan atau kemalangan
sewaktu berada di Singapura atau Thailand, ahli layak mendapatkan perkhimatan berikut:
4.a Perkhimatan Tundaan 24 Jam
EAA akan menyediakan perkhimatan tundaan percuma ke bengkel terdekat yang
ditentukan oleh EAA di dalan Singapura atau Thailand.
4.b Penghantaran Pulang Kenderaan ke Malaysia
EAA boleh membantu ahli mengaturkan penghantaran pulang kenderaannya ke
Malaysia. EAA tidak akan menanggung sebarang kos penghantaran tersebut.
Sekiranya anda berada di Singapura atau Thailand sila hubungi +60 3 6207 4338
5. Bantuan untuk Rakan dan Keluarga
Jika ahli EAA ada bersama-sama dengan rakan-rakan atau keluarganya semasa mengalami
kerosakan kenderaan mereka, mereka layak mendapatkan perkhimatan berikut:
5.a Bantuan Pembaikan Kerosakan Di Sisi Jalan 24 Jam
EAA akan mengaturkan juruteknik untuk cuba membaiki kenderaan tersebut. EAA
tidak akan menanggung sebarang kos buruh atau alat-alat ganti yang ditanggung
sewaktu pembaikan tersebut. (Perkhimatan ini tertakluk kepada keadaan)
5.b Perkhimatan Tundaan 24 Jam
Jika kenderaan tersebut tidak boleh dibaiki di sisi jalan, EAA akan membantu
menunda kenderaan ke bengkel terdekat yang dipilih oleh EAA. Semua kos
yang ditanggung bantuan ini ditanggung oleh ahli dan/atau rakan-rakan atau
keluarga.
"Resit asal mesti disimpan. Prosedur bayaran balik akan diberikan kepada ahli selepas bantuan."
0 Comments