TRIPCARE 360 TAKAFUL: Kembara Adalah Pulang Dengan Senyuman, Bukan Kebimbangan




Terdapat banyak sebab untuk anda gembira, terutamanya semasa anda mengembara. TripCare 360 Takaful akan membuat anda tersenyum dengan tawaran Cepat & Mudah kami:
Kelayakan
Individu/Dewasa mestilah berumur di antara 18 hingga 70 tahun, warga emas mestilah berumur di antara 71 hingga 80 tahun dan kanak-kanak mestilah berumur sekurang-kurangnya 45 hari dan/atau di bawah 23 tahun sekiranya masih belajar sepenuh masa.

Perkhidmatan Bantuan Perjalanan dan Perubatan 24 jam

1. Talian hotline: 03-2161 0270 (Nombor panggilan semula)

2. Beroperasi secara 24/7, perlindungan 365 hari setahun di seluruh dunia.

3. Menyediakan bantuan perjalanan dan perubatan di seluruh dunia dengan lebih daripada 400,000 penyedia perkhidmatan dan mampu bertutur di dalam 40 Bahasa.

4. Bantuan Perjalanan termasuk:

• Bantuan Kehilangan Bagasi
• Bantuan Kehilangan Pasport atau Dokumen
• Penterjemah atau Rujukan Terjemahan
• Bantuan Maklumat Cuaca
• Nasihat Pra-perjalanan
• Jadual Penerbangan, Maklumat dan Tempahan atau Bantuan Penempahan Tiket

5. Bantuan Perubatan termasuk:
• Rujukan Maklumat Perubatan dan Nasihat 24 jam
• Tempahan Hotel/Kereta Sewa
• Pengurusan Kemasukan ke Hospital
• Perkhidmatan untuk Mengatur Temujanji dengan Doktor Tempatan
• Pengurusan dan Pembayaran Pendahuluan untuk Lawatan Ihsan
• Penghantaran ubat-ubatan penting

Senarai ini adalah tidak lengkap. Sila rujuk kepada Sijil Takaful untuk maklumat lanjut mengenai bantuan perjalanan dan perubatan.

Pelan & Manfaat 



Nota:
1. Maksimum setiap keluarga* merujuk kepada had maksimum dalam “Pelan Keluarga”
(2.5 kali jumlah had individu).
2. Sila rujuk Helaian Pendedahan Produk (PDS) atau Sijil Takaful untuk senarai lengkap manfaat
dan pengecualian.

Seksyen G – Perlindungan Tambahan untuk Aktiviti Sukan Berbahaya
Dengan sumbangan tambahan, anda boleh mendapat perlindungan untuk aktiviti – aktiviti berikut sekiranya
berlaku kematian, hilang upaya kekal, perbelanjaan perubatan dan perbelanjaan yang lain.
a) Abseiling
b) Terjun bungee
c) Terjun udara
d) Geluncur angin
e) Menaiki helikopter untuk bersiar-siar
f) Belon udara panas
g) Maraton Ultra
h) Sukan air - Jet ski, berdayung, kapal layar, layar - layang (parasailing), luncur air, luncur angin
(papan pelayar)
i) Mendaki gunung di bawah ketinggian 3,000 meter di atas aras laut dengan penggunaan tali
dan lain-lain peralatan mendaki
j) Memanjat bukit dengan penggunaan tali dan lain-lain kelengkapan memanjat
k) Meluncur salji dengan kebenaran rasmi di kawasan luncur yang diluluskan
l) Sukan berkanu atau rakit redah jeram dengan pengajar yang bertauliah dan sehingga Tahap 3
(Kesukaran Sungai Skala Antarabangsa)
m) Aktiviti dalam air yang melibatkan alat pernafasan tiruan untuk menyelam sehingga kedalaman
maksimum 30 meter dengan pengajar yang bertauliah dan mempunyai sijil yang diiktiraf.

SUMBANGAN
Kawasan 1: Malaysia; Kawasan 2: Negara Asia; Kawasan 3: Seluruh dunia kecuali Nepal, Amerika Syarikat (AS) dan Kanada; Kawasan 4: Seluruh dunia termasuk Nepal, Amerika Syarikat (AS) dan Kanada
Nota: Semua sumbangan (jika berkenaan) akan tertakluk kepada caj-caj atau cukai-cukai yang berkenaan sebagaimana yang dianggap perlu oleh pihak berkuasa Cukai Malaysia. Tambahan RM10 duti setem akan dikenakan untuk setiap sijil.

Soalan Lazim

1. Apakah produk ini?
Produk ini menyediakan manfaat sekiranya berlaku kejadian tertentu kepada orang dilindungi ketika
dalam perjalanan domestik atau antarabangsa, untuk tujuan perniagaan atau bersantai. Manfaat-manfaat ini termasuk kematian atau hilang upaya kekal akibat kemalangan, perbelanjaan perubatan disebabkan kemalangan atau penyakit, pelbagai kesulitan, kehilangan atau kerosakan bagasi dan/atau barangan peribadi, liabiliti peribadi, perkhidmatan kecemasan dan perlindungan bagi aktiviti pengembaraan.

2. Bolehkah saya menyertai World Traveller Care Takaful untuk keluarga saya?
Ya, anda boleh menyertai Pelan Keluarga World Traveller Care Takaful untuk keluarga anda, merujuk
kepada pasangan dan anak-anak yang layak mengembara bersama-sama.

3. Bilakah perlindungan bermula dan tamat untuk setiap perjalanan?
(i) Domestik (Kawasan 1)
Perjalanan bermula dari tarikh takaful berkuatkuasa pada jam 12:01 pagi waktu Malaysia dan tamat
padamana-mana yang berikut yang berlaku terlebih dahulu:
a) Sejurus tiba di tempat tinggal anda di Malaysia; atau
b) Tamat tempoh insurans pada jam 23:59 malam waktu Malaysia, pada tarikh yang dinyatakan
dalam sijil.
(ii) Antarabangsa (Kawasan 2, 3 atau 4)
Perjalanan bermula 6 jam sebelum waktu berlepas yang telah ditempah untuk perjalanan langsung
ke tempat berlepas di Malaysia, dan tamat pada mana-mana keadaan berikut yang berlaku terlebih
dahulu:
a) 6 jam selepas masa ketibaan yang telah ditempah di destinasi terakhir di Malaysia;
b) Sejurus tiba di tempat tinggal anda di Malaysia; atau
c) Tamat tempoh takaful yang dinyatakan dalam sijil.

4. Apakah tempoh maksimum untuk perjalanan tunggal dan perjalanan tahunan?
Tempoh di bawah “Satu Perjalanan” tidak boleh melebihi:
a) 30 hari berturut-turut untuk perjalanan di dalam Malaysia; atau
b) 90 hari berturut-turut untuk perjalanan ke dan dalam kawasan perjalanan selain daripada Malaysia
dari tarikh permulaan perjalanan tersebut. Nota: Perjalanan sehala adalah tidak dibenarkan.

5. Apakah cara pembayaran?
Anda boleh memilih untuk membayar tunai, cek atau dengan kad kredit. Nota: Cek adalah tertakluk kepada cek mesti disahkan sebelum Tarikh Berkuatkuasa Sijil.

6. Apakah fi dan caj yang perlu saya bayar?
a) Fi wakalah sehingga 45% daripada jumlah sumbangan akan dibayar, yang termasuk 25% komisen
dibayar kepada ejen Takaful dan sehingga 20% perbelanjaan pengurusan dibayar kepada
Pengendali Takaful.
b) Duti Setem – RM10 (caj tambahan pada Sumbangan).

7. Bagaimanakah saya boleh menyertai World Traveller Care Takaful?
Anda boleh menghubungi Etiqa di talian 1300 13 8888 untuk membuat temujanji dengan ejen Etiqa kami atau kunjungi cawangan Etiqa terdekat di kawasan anda.

8. Bagaimanakah untuk membuat tuntutan?
Semua tuntutan mesti dimaklumkan kepada kami secepat mungkin iaitu dalam tempoh 24 jam tetapi
tidak lewat daripada 30 hari selepas kehilangan atau kerosakan. Sila rujuk kepada Sijil Takaful untuk maklumat lanjut mengenai Notis, Prosedur dan Penyelesaian Tuntutan.

9. Bagaimanakah saya boleh membatalkan Sijil saya?
a) Pelan Lawatan Tunggal:
Anda boleh membatalkan Sijil anda pada bila-bila masa dengan memberi notis rasmi secara bertulis
sebelum permulaan perjalanan. Bayaran balik sepenuhnya akan dibuat.
b) Pelan Lawatan Tahunan:
Anda boleh membatalkan Sijil anda pada bila-bila masa dengan memberi notis rasmi secara bertulis.
Anda layak mendapat bayaran balik bahagian Sumbangan yang berkenaan.
Nota: Tertakluk kepada tiada tuntutan bayaran dibuat sepanjang tempoh Takaful.

10. Adakah terdapat apa-apa caj bagi Perkhidmatan Bantuan Perjalanan dan Perubatan
yang perlu saya bayar?
Caj Perkhidmatan Bantuan Perjalanan dan Perubatan sudah termasuk sebagai sebahagian daripada Sumbangan. Walau bagaimanapun, bagi apa-apa perkhidmatan/caj lain yang tiada di dalam skop yang dinyatakan di dalam Sijil, anda perlu menanggung kos caj dan mereka akan memaklumkan anda mengenai caj dan jumlah sebelum pembayaran dibuat.

11. Apakah pengecualian utama di bawah Sijil ini?

Pengecualian Am
a) Keadaan sedia ada;
b) Kecederaan yang disengajakan, cubaan membunuh diri, gangguan mental;
c) Komplikasi kehamilan, penyakit kelamin, HIV, alkohol atau dadah;
d) Perjalanan udara selain daripada sebagai penumpang yang membayar tambang biasa berjadual atau
pesawat berlesen yang disewa;
e) Terlibat dalam sukan, pekerjaan, atau aktiviti yang berbahaya kecuali aktiviti-aktiviti tersebut telah di
lindungi di bawah aktiviti berbahaya (manfaat pilihan) yang telah anda beli;
f) Peperangan, rusuhan, atau negara-negara atau kawasan-kawasan dengan konflik besar-besaran,
atau kuarantin bagi penyakit berjangkit, termasuk Afghanistan, Afrika (selain daripada Afrika Selatan, Botswana, Kenya, Lesotho, Madagascar, Malawi, Mauritius, Mozambique, Namibia, Seychelles, Swaziland, Tanzania, Zambia dan Zimbabwe), Iraq, Iran, Korea Utara, Palestin, Syria atau Ukraine;
g) Penyertaan dalam sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang seperti serangan yang diprovokasi; dan
h) Tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa kerajaan.

1. Konsep Shariah
Wakalah
Produk ini menggunapakai konsep Wakalah, di mana para peserta melantik kami untuk bertindak bagi pihak mereka untuk melabur dan menguruskan Dana Takaful Am. Sebagai ejen, Pengendali Takaful berhak menerima Fi Wakalah sebagai caj perkhidmatan. Fi Wakalah adalah seperti berikut:


Tabarru’
Pelan ini juga menggunapakai konsep Tabarru’, di mana para peserta bersetuju untuk membayar sumbangan mereka kepada Dana Takafaul Am bagi tujuan saling membantu dan menolong mana-mana peserta lain yang memerlukan bantuan. Pada akhir setiap tahun kewangan, sebarang lebihan dalam Dana Takaful Am, tolak pembayaran balik defisit bersejarah dan peruntukan luar jangka, diagih 50% di kalangan peserta dan 50% kepada kami sebagai fi prestasi. Jika lebihan itu kurang daripada RM10.00, lebihan itu akan dimasukkan ke dalam tabung kebajikan yang akan digunakan sebagai ‘amal jariah’ bagi pihak Peserta. Nota: Untuk maklumat lanjut mengenai Konsep Shariah, sila rujuk Sijil Takaful.

2. Risalah ini bertujuan untuk rujukan sahaja dan tidak boleh diambil kira sebagai kontrak.
3. Etiqa General Takaful Berhad dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia.
4. Anda dikehendaki mendedahkan semua fakta seperti keadaan kesihatan dan umur anda yang tepat.
Sila ambil perhatian bahawa anda bertanggungjawab untuk tidak memberi salah nyataan ketika menjawab soalan-soalan dan membuat pendedahan fakta.
5. Sumbangan hendaklah dibayar dengan penuh dan diterima oleh kami sebelum tarikh Takaful berkuatkuasa atau pembaharuan Sijil. Jika syarat ini tidak dipatuhi maka Sijil tidak akan berkuatkuasa serta menjadi tidak sah.
6. Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut mengenai Takaful kemalangan diri, sila rujuk kepada
buku panduan infoinsurans yang boleh didapati di semua cawangan kami atau layari laman web www.insuranceinfo.com.my.
7. Sila pastikan anda membawa bersama Sijil Takaful atau Sijil Perlindungan semasa perjalanan.
8. Risalah ini hanya mengandungi keterangan ringkas mengenai produk ini. Untuk maklumat terperinci mengenai manfaat, pengecualian serta terma-terma dan syarat-syarat, sila rujuk kepada Sijil Takaful.

Post a Comment

0 Comments