Jika berlakunya kemalangan, perkara pertama yang kita perlu lakukan ialah jangan PANIK dan alihkan kenderaan anda di bahu jalan. Seterusnya, hubungi talian Bantuan Etiqa Auto Assist atau boleh juga melalui SOS menerusi aplikasi Etiqa Auto Assist anda. Setelah itu mereka akan menghantar trak penunda untuk menunda kenderaan anda ke bengkel panel.
Jika terdapat trak penunda yang menawarkan harga yang cukup menarik, JANGAN SESEKALI menerima tawaran tersebut kerana ia akan menjejaskan tuntutan anda di kemudiannya. Sebaik sahaja berlaku kemalangan, elakkan bertengkar dengan pemandu lain sebaliknya ambil gambar Plat Kenderaan, Kad Pengenalan & Nama Syarikat Insurans pemandu tersebut serta mengambil kerosakan pada kenderaannya. Dengan Etiqa, anda hanya perlu menghantar gambar-gambar tersebut sebagai dokumen-dokumen bukti semudah melalui Whatsapp sahaja.
Mengikut undang-undang, laporan polis hendaklah dibuat dalam masa 24 jam selepas kemalangan. Selepas laporan polis dibuat, anda boleh meneruskan tuntutan dengan memilih bengkel premier yang kemudiannya berhubung terus dengan Etiqa untuk menguruskan tuntutan anda. Semasa proses pengurusan dibuat, anda hendaklah menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti salinan Kad Pengenalan, Lesen Memandu, Polisi Insurans atau Sijil Takaful, Kad Pendaftaran Kereta dan Laporan Polis Asal.
Setelah itu, anda boleh memeriksa status tuntutan anda pada bila-bila masa menerusi talian khas Etiqa, Laman Web bahkan melalui Whatsapp. Hanya di bengkel premier Etiqa anda boleh menjangkakan keluluesan sepantas 30 minit bagi tuntutan berjumlah sehingga RM15,000. Dengan tuntutan semudah ABC, anda tidak perlu risau ketika memandu kerana Etiqa sentiasa bersama anda.
Sebarang kemusykilan dan pertanyaan, bolehlah berhubung dengan kami di talian yang disediakan.
Sebarang kemusykilan dan pertanyaan, bolehlah berhubung dengan kami di talian yang disediakan.
0 Comments