ETIQA: Travel Insurans Pelengkap Perjalanan

 


Mengapa perlunya "Travel Insurance" ketika percutian? Insurans Perjalanan merupakan "pelengkap" bagi satu percutian.  Bukan sahaja kita memerlukan "Car Insurance" dan "Medical Insurance", insurans perjalanan ini juga sama penting bagi menggelakkan kita menghabiskan banyak wang ringgit bagi kos yang tidak di jangka juga melindungi individu yang melancong daripada kemalangan, kerugian dan sebarang gangguan yang boleh menjejaskan perjalanan. Antara kepentingan "Travel Insurance" ialah:-


1Penerbangan Batal/Delayed


Sebagai contoh melancong ke luar negara, kita terpaksa bersedia lebih kurang 2 jam sebelum waktu penerbangan. Masa menunggu yang lama ditambah pula kekangan yang tidak dijangka seperti penerbangan batal/delayed. Tapi tahukah anda? sekiranya penerbangan ditangguh kerana terdapat isu teknikal, penyelenggaraan atau cuaca yang tidak mengizinkan, anda berhak membuat tuntutan sekiranya anda membeli insurans perjalanan untuk perjalanan tersebut. Bila berlakunya kelewatan atau penundaan penerbangan lebih daripada 12 jam, wang pampasan akan diberi mengikut kadar tertentu.

Namun, bagi kes terlepas flight akibat kecuaian anda sendiri, anda tidak dapat membuat tuntutan tersebut. Oleh itu, rancang perjalanan anda dengan teratur agar dapat melancong dengan tenang.

2. Kehilangan/Kelewatan Bagasi


Benar, jika anda kehilagan bagasi anda boleh menuntut melalui insurans perjalanan. Kehilangan atau kelewatan bagasi adalah satu kejadian yang amat popular apabila kita melancong. Walau bagaimanapun, anda boleh membuat tuntutan kepada syarikat insurans apabila korang mempunyai insurans perjalanan. 

“Bukankah syarikat penerbangan ada menyediakan insurans untuk tuntutan tersebut?”

Benar, anda juga boleh membuat tuntutan kepada syarikat penerbangan. Tapi, potensi untuk mendapatkan tuntutan daripada syarikat penerbangan jauh lebih rendah berbanding tuntutan dengan syarikat insurans perjalanan. Kebiasaannya, syarikat penerbangan akan meletakkan tanggungjawab ini sepenuhnya kepada syarikat insurans, walaupun masalah ini berpunca daripada mereka. Bayangkan anda boleh diberikan lebih kurang RM4000 bagi tuntutan kehilangan/kelewatan dua bagasi, menarik bukan?


3. Kehilangan Dokumen Penting


Senario ini juga sering terjadi buat pelancong ke luar negara, kehilangan dokumen penting seperti passport atau visa ketika berada di luar negara boleh membuatkan anda terkandas di negara tersebut. Untuk kembali ke tanah air, anda perlu mendapatkan permit perjalanan sementara apabila passport atau visa hilang. 

Peranan insurans perjalanan dalam situasi ini adalah ia boleh membantu anda dari segi kewangan semasa dalam proses mendapatkan permit perjalanan sementara. Kos-kos pengurusan akan ditanggung pihak syarikat insurans perjalanan adalah seperti kos pengangkutan ke kedutaan, panggilan telefon ke negara asal, pencetakan sebarang dokumen penting dan penginapan. 

Ini ialah langkah-langkah yang perlu diambil untuk mendapatkan permit perjalanan sementara:

Langkah 1: Laporkan kepada polis serta merta

Langkah 2: Pergi ke kedutaan Malaysia yang terdekat.

Langkah 3: Buat permohonan permit perjalanan sementara. Antara dokumen-dokumen yang diperlukan adalah sijil kelahiran, laporan polis, dan kad pengenalan.

Langkah 4: Permit ini memakan proses selama tiga sehingga lima hari. Pada langkah ini, anda terpaksa melanjutkan hari penginapan. 

Langkah 5: Setelah selesai, dan pulang ke tanah air, anda perlu segera ke pejabat imigresen untuk menggantikan passport yang baru. 

4. Kehilangan Harta Benda


Selain dokumen-dokumen peribadi, barang-barang penting lain seperti telefon bimbit, beg duit, wang ringgit, kad kredit, dan lain-lain. Jika anda tidak bernasib baik, anda akan melalui situasi "penyeluk saku" atau "rompakan" ketika melancong.

Hal ini sememangnya "mimpi ngeri"  buat para pelancong. Bukan sahaja merugikan malah proses mendapatkan semula barang atau dokumen penting itu juga merumitkan. Namun, anda boleh menarik nafas lega jika anda sudah mengambil insurans pejalanan ibarat "menyediakan payung sebelum hujan".

Perlu diingatkan juga, syarikat insurans berhak untuk menolak tuntutan apabila barang yang hilang atas kecuaian sendiri. Sebagai contoh, insurans perjalanan tidak akan menerima tuntutan anda apabila anda tertinggal telefon bimbit di atas meja di sebuah restoran, lalu dicuri orang. Dengan adanya insurans perjalanan, ia tidak bermakna untuk kita sambil lewa. 

5. Kematian Mengejut


Ajal dan maut ditangan Tuhan. Kita hendaklah sentiasa berdoa supaya perkara ini dijauhkan. Jika kita ditakdirkan untuk meninggal dunia ketika berada di luar negara, pelan perlindungan insurans perjalanan membolehkan ahli keluarga kita untuk menuntut khairat kematian dengan mudah tanpa proses yang rumit. 

Kita sedia maklum bahawa untuk membawa pulang jenazah ke tanah air adalah rumit. Ia hendaklah melalui proses yang banyak dan memakan kos yang tinggi. Dengan adanya insurans perjalanan, ia boleh meringankan beban kos dan memudahkan urusan keluarga kita. 

Oleh itu, setelah membaca segala penjelasan berikut, dapat disimpulkan insurans perjalanan ini adalah perlu diambil untuk memastikan anda melancong dengan tenang dan aman. Segala risiko yang bakal dihadapi dapat diselesiakan dengan mudah. Jika anda berminat dengan Travel Insurans ini, anda boleh hubungi Agent Etiqa di Whatsapp yang tertera.

Post a Comment

0 Comments