ETIQA: PERLINDUNGAN TAMBAHAN INSURAN KENDERAAN



Setelah meneliti segala polisi insurans yang ditawarkan di Malaysia yang bersifaf umum dan koprehensif, kita menyedari bahawa tidak bermakna segala keperluan perlindungan kenderaan itu sudah mencukupi. Insuran kenderaan juga mempunyai pelbagai perlindungan tambahan bagi meningkatkan lagi tahap keselamatan dan perlindungan kenderaan ke tahap yang lebih maksima.

Terdapat pelbagai perlindungan tambahan kenderaan yang boleh dipilih berdasarkan keperluan anda. Polisi ini di beli berasingan dan tertakluk kepada terma dan syarat syarikat insuran dan takaful yang anda mohon.

Senarai Perlindungan Tambahan Insuran Kenderaan:

        1. Perlindungan Cermin Kereta (Windscreen)



Cermin kenderaan merupakan komponen kenderaan yang berisiko tinggi untuk terdedah dengan kemalangan. Contoh yang paling mudah, iaitu kes samun (pecah tingkap). Dalam kes sebegini cermin kenderaan adalah sasaran yang mudah oleh penyamun dengan memecahkan cermin untuk menggambil barang berharga di dalam kereta ataupun mencuri kenderaan anda.

Premium bagi perlindungan ini ialah 10-15% daripada jumlah diinsuranskan untuk cermin kereta. Perlindungan ini hanya untuk sekali tuntutan sahaja dan perlu membeli semula bergantung tempoh polisi koprehensif anda. Perlindungan cermin kereta ini tamat setelah tamatnya tempoh polisi koprehensif.

Dengan adanya perlindungan tambahan cermin kenderaan, anda tidak perlu risau akan segala kerugian dan bayaran pembaikan.

        2. Pemandu Tambahan (Named Driver)



Perlindungan ini dikhaskan untuk kenderaan yang mempunyai lebih dari satu pemandu sebagai contoh suami, isteri dan anak-anak. Pemilik kenderaan (suami) boleh mendaftarkan nama isterinya dan anak-anaknya sebagai pemandu tambahan bagi mendapat pampasan perlindungan dan kerugian jika berlaku sebarang kemalangan.

Di dalam perlindungan ini, dua orang penama terawal akan didaftarkan secara percuma manakala nama tambahan akan dikenakan caj RM10 bagi seorang.

3.               3. Perlindungan Semua Pemandu (All Driver Coverage)


Perlindungan jenis ini pula kebanyakkan di ambil oleh sebuah syarikat yang telah mendaftarkan nama kenderaan-kenderaan milik mereka atas nama syarikat untuk digunakan oleh kakitangannya.  Perlindungan ini akan melindungi semua pemandu (kakitangan syarikat) yang berisiko kemalangan semasa menggunakan kenderaan tersebut.

Perlindungan ini dikenakan RM50 bagi setiap kenderaan.

4.                    4. Peril Khas (Special Perils) 


Perlindungan ini diperkenalkan untuk melindungi dan memberi pampasan kenderaan yang terlibat dengan bencana alam seperti banjir, taufan, tanah runtuh dan sebagainya. Perlindungan ini biasanya di ambil oleh individu yang terdedah dengan tempat yang kerap berlakunya banjir dan tanah runtuh. Dengan adanya peril khas, pemandu tidak perlu khuatir akan ganti rugi yang dihadapi jika wujudnya bencana alam yang tidak dapat dielakkan.

Bayaran premium bagi perlindungan ini ialah 0.5% daripada jumlah diinsuranskan tertakluk dengan syarikat pengendali takaful dan insurans yang anda pilih.

5.                    5. Liabiliti Undang-undang (Legal Liabiliti) 


Perlindungan tambahan liabiliti undang-undang telah diperkenalkan dengan dua jenis perlindungan. Di Malaysia, perlindungan ini tidak diwajibkan melainkan anda kerap memandu di Singapura. Di Singapura, anda diwajibkan membeli dua polisi dibawah sebagai perlindungan tambahan kepada polisi insuran utama anda.

(i) Liabiliti penumpang di sisi undang-undang
Liabiliti jenis pertama ini merupakan perlindungan yang akan melindungi pemandu terhadap tindakan undang-undang ke atas kesalahan yang dilakukan oleh penumpang anda. Sebagai contoh, penumpang anda membuang sampah di jalan raya yang mengakibatkan kemalangan kepada kenderaan lain. Anda akan dikenakan saman berikutan kesalahan tersebut namun, dengan perlindungan ini anda akan dilundungi dari sebarang liabiliti yang dikenakan.
Perlindungan tambahan ini hanya akan dikenakan bayaran RM 7.50 bagi setiap kenderaan

(ii) Liabiliti undang-undang kepada penumpang
Liabiliti jenis kedua ini merupakan perlindungan yang melindungi pemandu juga pemandu tambahan dari sebarang tindakan undang-undang. Sebagai contoh, jika anda memandu kenderaan dan terlibat dengan kemalangan dan mencederakan penumpang anda, anda akan disaman jika terbukti kecuaian dan kesalahan dari pihak anda.

Oleh itu, perlindungan ini akan melindungi anda dari sebarang liabiliti atau ganti rugi yang akan ditanggung. Bayaran premium bagi perlindungan jenis liabiliti kedua ini akan dikenakan 25% daripada jumlah polisi pihak ketiga.

6          6. Pampasan untuk Taksiran Masa Pembaikan (Compensation for Assessed Repair Time (CART) 


Jika berlakunya kemalangan dan dibuktikan anda (pemandu) bukan pihak yang bersalah terhadap kemalangan tersebut, anda akan menerima pampasan di atas perlindungan ini. Perlindungan tambahan ini akan memberi jaminan kepada anda bahawa syarikat insuran akan membayar pampasan apabila kenderaan anda rosak dan hilang pengunaannya.

Pampasan ini juga akan menanggung bayaran untuk menyewa kenderaan atau tambang teksi selama mana tempoh membaiki kenderaan anda di bengkel dilakukan. Jika anda menggunakan pampasan kereta sewa, anda hendaklah mengemukakan resit sah pembayaran dari syarikat sewa kereta yang berdaftar. Selain itu, model kereta sewa itu hendaklah sama dengan kenderaan anda yang rosak tersebut.

Kadar bayaran bagi perlindungan ini adalah berbeza-beza mengikut syarikan insuran yang anda daftar. Sebagai contoh, ada syarikat insuran yang menawarkan penggunaan kereta dengan percuma selama 5-9 hari bagi pelan perlindungan CART mereka.

7.             7. Perlindungan Aksesori Tambahan (Car Accessories Cover) 


Jika anda seseorang yang suka mengubah kenderaan dan menambah pelbagai aksesori kereta, anda mungkin memerlukan perlindungan ini. Setelah sanggup membelanjakan ribuan ringgit untuk aksesori kenderaan ini bermakna anda juga mampu membuat perlindungan aksesori tambahan bagi insuran kenderaan tersebut.

Perlindungan ini akan memberi pampasan jika berlakunya kecurian, kerosakan dan kemalangan keatas aksesori kenderaan yang diinsurankan. Kadar premium bagi perlindungan ini ialah 15% daripada jumlah nilai aksesori yang dilindungi.

8.              8. Rusuhan & Kemusnahan Awam


Polisi ini menerangkan jika wujudanya kerosakan atau kerugian kenderaan disebabkan oleh perbuatan yang melibatkan rusuhan dan kekecohan awam seperti aktiviti mogok atau rusuhan kaum. Akibat perbuatan itu, kerosakan harta benda awam banyak dimusnahkan termasuklah kenderaan.

Oleh itu, jika anda mengambil perlindungan tambahan kenderaan yang diinsurankan dibawah polisi ini, kereta anda akan dilindungi dengan hanya membayar sebanyak 0.3% dari jumlah yang diinsurankan.

Disediakan oleh, Siti Norzuliana Bt Awang.

Post a Comment

0 Comments