ETIQA: JENIS INSURANS KENDERAAN



Merujuk Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) seksyen 58(1) telah menyebut kewajipan mengemukakan lesen dan perakuan insurans. Di dalam seksyen ini jelas menegaskan mana-mana orang yang menjaga sesuatu kenderaan motor di jalan hendaklah, apabila dikehendaki oleh pegawai polis atau pegawai pengangkutan jalan, mengemukakan perakuan insurans yang dikeluarkan bagi kenderaan tersebut.

Ini jelas menunjukkan bahawa insurans kenderaan merupakan suatu kewajipan bagi setiap pemilik kenderaan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang bagi sesiapa yang gagal mematuhinya. Insurans kenderaan ini dapat memberi perlindungan terhadap kenderaan anda sekiranya berlaku kemalangan, kerosakkan mahupun kecurian.

Terdapat 3 polisi insurans kenderaan yang telah diperkenalkan di Malaysia antaranya ialah:


1. Polisi pihak ketiga

Daripada 3 jenis polisi insurans yang disenaraikan, polisi jenis pihak ketiga merupakan yang paling asas bagi insurans kenderaan bermotor. Polisi jenis ini selalunya diambil apabila membeli sebuah kenderaan kerana kadar bayarannya yang rendah berbanding dua polisi yang lain. Polisi ini cukup untuk melindungi kenderaan anda ketika mengalami sebarang kemalangan yang menyebabkan kerugian pihak ketiga, segala tuntutan yang diberikan kepada anda akan dilindungi dibawah polisi ini.

Oleh itu, anda tidak perlu khuatir akan tuntutan yang diberikan oleh pihak ketiga akibat daripada kemalangan yang berpunca daripada anda sendiri.

2. Polisi pihak ketiga (Kebakaran dan Kecurian)

Polisi jenis ini lebih kurang sama seperti polisi pihak ketiga yang pertama namun, ia merangkumi aspek tambahan yang lebih meluas seperti kebakaran dan kecurian. Di dalam polisi ini, anda boleh membuat tuntutan diatas kerugian yang disebabkan oleh kecurian/cubaan mencuri (sebagai contoh cermin pecah akibat cubaan untuk melarikan kenderaan anda) dan juga kebakaran kenderaan yang tidak disengajakan oleh pihak anda. Kadar bayaran bagi polisi ini juga lebih tinggi daripada polisi insurans yang pertama kerana ia merangkumi dua risiko tambahan perlindungan.

3. Polisi Koprehensif

Polisi jenis koprehensif merangkumi kesemua perlindungan menyeluruh yang telah disebut tadi. Aspek yang paling penting di dalam polisi ini ialah ia mampu melindungi diri anda sendiri jika berlaku kerugian dan kerosakkan ketika berlaku kemalangan. Polisi ini selalunya diambil apabila anda membeli kereta mewah yang menganggarkan kos pembaikkan yang tinggi bagi sebarang kerosakkan dan kerugian. Bukan itu sahaja, polisi ini juga di ambil jika anda seorang yang mementingkan aspek perlindungan yang tinggi bagi kenderaan anda selain memilih perlindungan yang asas sahaja.

Oleh itu, polisi ini merupakan polisi yang termahal di antara dua polisi tadi.

Kesimpulan bagi ketiga-tiga polisi in dapat dirumuskan di dalam jadual di bawah:


Disediakan oleh, Siti Norzuliana Bt Awang.



Post a Comment

0 Comments