Takaful adalah perkongsian risiko.
Misalnya kos menguruskan satu jenazah adalah RM1 ribu. Ada keluarga yang tidak bersedia dengan dana kecemasan sebanyak itu.
Jadi dalam sebuah taman perumahan, mereka buat satu tabung yang dipanggil tabung khairat kematian. Tabung ini biasanya diuruskan oleh pihak surau atau masjid.
Katakan dalam taman itu ada 100 penduduk Islam. Kadar kematian pula biasanya dalam setahun ada satu, kadang-kadang dalam setahun tidak kedengaran berita orang meninggal dunia. Jadi mereka berpakat masing-masing membayar caruman RM40 seorang. Duit dari tabung khairat itu diharap mampu menampung manfaat sekiranya ada satu kematian berlaku dalam satu-satu tahun.
Sekiranya ada ahli kariah yang meninggal dunia, maka ahli keluarganya akan menerima sejumlah manfaat yang diambil menggunakan duit dari tabung tadi. Dapatlah keluarganya menampung kos pengurusan jenazah. Mungkin juga ada lebihan untuk duit belanja dapur buat sebulan dua.
Inilah kita panggil perkongsian risiko. Setiap ahli berpakat untuk berkongsi risiko mengikut manfaat yang ingin diterima.
0 Comments